F/A-18E/F Super Hornet

F/A-18E/F Super Hornet
Sebuah pesawat F/A-18F Super Hornet milik Tentera Laut AS sedang melaksanakan misi di Teluk Parsi.
Peranan Pesawat pejuang pelbagai peranan
Pesawat pejuang-penyerang
Pengeluar McDonnell Douglas
Boeing Integrated Defense Systems
Penerbangan sulung 29 November 1995
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja Australia
Dikeluarkan 1999
Jumlah dibina ≥632 as of April 2020
Kos program Jumlah perolehan: US$48.09 bilion (sehingga FY2011)
Kos seunit AS$55 juta (kos terbang pada 2011)
Dibangunkan dari F/A-18 Hornet
Kelainan EA-18G Growler

Boeing F/A-18E dan F/A-18F Super Hornet ialah pesawat pejuang-penyerang supersonik yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat. Pesawat F/A-18E dan F/A-18F Super Hornet adalah lebih besar dan lebih canggih berbanding pesawat F/A-18C/D Hornet. Pesawat Super Hornet mula berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1999, bagi mengantikan pesawat F-14 Tomcat. Ia kini berkhidmat bersama-sama dengan pesawat asal F-18C/D Hornet. Pesawat Super Hornet telah dipesan oleh Tentera Udara Diraja Australia pada tahun 2007 untuk mengantikan angkatan pesawat F-111 yang telah usang.