Genelia D'Souza
Genelia D'Souza | |
|---|---|
D'Souza di sidang media Love Big & CBS | |
| Kelahiran | 5 Ogos 1987 Mumbai, Maharashtra, India |
| Nama lain | Genelia Deshmukh |
| Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
| Tahun aktif | 2003–kini |
| Pasangan | Ritesh Deshmukh (k. 2012) |
| Ibu bapa | Neil D'Souza (bapa) Jeanette D'Souza (ibu) |
| Saudara | Nigel D'Souza (abang) |
Genelia D'Souza (lahir 5 Ogos 1987) ialah pelakon wanita India. Beliau berlakon dalam filem Tamil, Hindi, Telugu, dan Malayalam. Selepas mendapat perhatian yang luas dalam iklan tv Parker Pen yang dibintangi bersama Amitabh Bachchan, Genelia memulakan kerjayanya dalm filem Tujhe Meri Kasam pada tahun 2003. Kemudian wataknya dalam filem Tamil arahan Shankar Boys mendapat pengiktirafan dan menjadi batu loncatan kerjayanya di India Selatan dan kemudian memperkenalkan dirinya di filem Telugu dengan belakon dalam beberapa filem Telugu dari 2003 hingga 2012.
Genelia menerima Anugerah Filmfare pertamanya pada tahun 2006 untuk lakonannya dalam filem romantik Telugu, Bommarillu, yang mendapat pujian kritis. Sekali lagi, pada tahun 2008 lakonan Ganelia mendapat pujian ramai. Kali ini, melalui filem Tamil, Santosh Subramaniam dan filem Bollywood, Jaane Tu... Ya Jaane Na. Genelia diangap sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik bagi filem India Selatan, selepas kejayaannya mendapat pujian dalam lakonnya dalam filem Tamil dan Telugu. Genelia juga menjadi pengacara rancangan TV Big Switch dan duta jenama bagi Fanta, Virgin Mobile India, LG Electronics, Garnier light dan Parker Pen.