Santosh Subramaniam
| Santhosh Subramaniam | |
|---|---|
| Pengarah | M. Raja |
| Penulis | Abburi Ravi Bhaskar M. Raja |
| Dihasilkan oleh | Kalaprathi S. Agoram |
| Dibintangi | Jayam Ravi Genelia D'Souza Prakash Raj Kirat Bhattal Santhanam Kausalya Geetha |
| Disunting oleh | Mohan |
| Muzik oleh | Devi Sri Prasad |
Tarikh tayangan | 11 April 2008 |
| Negara | India |
| Bahasa | Tamil |
Santosh Subramaniam (juga dieja sebagai Santhosh Subramaniam; Tamil: சந்தோஷ் சுப்பிரமணியம்) merupakan filem cinta dan muzikal yang diarah serta ditulis oleh Raja Mohan dan diterbitkan oleh Kalaprathi S. Agoram. Filem ini dibintangi oleh Jayam Ravi dan Genelia D'Souza. Santosh Subramaniam diadaptasi dari filem yang bertajuk Bommarillu (Telugu: బొమ్మరిల్లు) yang menimbulkan kontroversi apabila filem ini diadaptasikan ke bahasa lain. Filem ini juga diadaptasikan sebagai filem Hindi yang bertajuk It's My Life yang dibintangi oleh Harman Baweja bersama-sama Genelia yang memainkan wataknya yang sama untuk kali ketiga.
Filem ini mengisahkan tentang hubungan seorang anak dengan ayahnya yang tidak serasi bersama. Kesemua pilihan yang dibuat oleh anak tersebut diganggu oleh ayahnya yang bersifat terlalu mengkongkong. Akhirnya ayahnya sedar tentang kesilapan yang dilakukan olehnya.
Filem ini ditayangkan di India pada 11 April 2008, bersamaan dengan Tahun Baru Tamil. Filem yang mengetengahkan unsur kekeluargaan ini mendapat sambutan yang amat positif.