Gegar Lawak 2018

Gegar Lawak 2018
GenreKomedi
FormatRancangan realiti
PengacaraKamal Adli dan Fad Bocey
JuriDouglas Lim
Dato' AC Mizal
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Penyiaran
Saluran asalAstro Warna
Astro Warna HD

Gegar Lawak merupakan sebuah program realiti terbaharu bersiri terbitan Astro yang menggabungkan pelawak-pelawak dari negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura untuk melahirkan seorang pelawak serba boleh dalam mencetuskan sebuah komedi pentas terunggul serta platform memperkembangkan jenaka mereka ke tahap yang lebih tinggi.Fad Bocey dan Kamal Adli diangkat menjadi hos tetap Gegar Lawak 2018.

Penyertaan pelawak adalah bebas dengan penyertaan ujibakat. Mereka boleh membentuk kumpulan dua atau trio ataupun beraksi secara solo. Lebih hebat, dua orang juri tetap dan satu juri jemputan yang akan mengadilinya dan memberikan markah 70% daripada undian mereka dan 30% daripada undian penonton. Siapakah pelawak yang bakal terbaik di mata penonton. Rancangan ini telah bersiaran pada 26 Januari 2018, hari Jumaat menerusi saluran Astro Warna dan Astro Warna HD pada jam 10.00 malam.