Gangren

Gangren
Nama lain
Nekrosis bergangren
Gangren kering mengganggu jejari kaki yang merupakan susulan kepada penyakit arteri periferi
PengkhususanPenyakit berjangkit, pembedahan
GejalaPerubahan warna kulit ke merah atau hitam, kebas, bengkak, sakit, kerosakan kulit dan kesejukan
KerumitanSepsis, amputasi
JenisGangren kering, gangren basah, gangren gas, gangren dalaman, fasilitis bernekrosis
Diabetes, penyakit arteri periferi, merokok, trauma major, alkoholisme, HIV/AIDS, reput fros, Sindrom Raynaud
RawatanPembedahan, antibiotik
KekerapanTidak diketahui
sunting

Gangren atau kelemayuh ialah sejenis kematian tisu yang disebabkan oleh kekurangan bekalan darah. Antara gelaja terlibat mungkin termasuk perubahan warna kulit kepada merah atau hitam, kebas, bengkak, sakit, kerosakan kulit dan kesejukan. Kaki dan tangan paling kerap terjejas. Sesetengah jenis mungkin wujud serentak dengan demam atau sepsis.

Antara faktor-faktor risiko berkaitan termasuklah diabetes, penyakit arteri periferal, merokok, trauma major, alkoholisme, HIV/AIDS, reput fros dan sindrom Raynaud. Gangren boleh dipecahkan lagi kepada gangren kering, gangren basah, gangren gas, gangren dalaman, dan fasilitis bernekrosis. Diagnosis gangren adalah berdasarkan simptom dan disokong dengan ujian seperti pengimejan perubatan.

Rawatan mungkin melibatkan pembedahan untuk membuang tisu mati, antibiotik untuk merawat sebarang jangkitan, dan usaha untuk menangani punca yang mendasari keadaan ini. Usaha pembedahan mungkin termasuk pendebridan, amputasi, atau penggunaan terapi berenga. Usaha untuk merawat punca dasar mungkin termasuk pembedahan pintasan atau angioplasti. Dalam kes tertentu, terapi oksigen hiperbarik mungkin berguna. Seberapa kerap keadaan itu berlaku tidak diketahui.