Gangnam Style

"Gangnam Style"
Single oleh PSY
daripada album PSY's Best 6th Part 1
BahasaBahasa Korea
Dilancarkan15 Julai 2012 (2012-07-15)
TempatKorea Selatan
FormatSingle CD, muat turun digital
GenreHip house, electro house, Hip hop, K-Pop
Panjang3:39
SyarikatYG, Universal Republic
PenulisYoo Gun-hyung, PSY
PenggubahPSYYoo Gun Hyung (en)
Penulis seni kataPSY
Kronologi single PSY
""It's Art"
(2011)"
"Gangnam Style" ""Oppa Is Just My Style"
(2012)"
sunting · sunting di Wikidata
"Gangnam Style"
Hangul
강남스타일
Hanja
스타일
Perumian SemakanGangnamseutail
McCune–ReischauerKangnamsŭt‘ail

"Gangnam Style" (Korea: 강남스타일, IPA: [kaŋnam sɯtʰail]) ialah sebuah lagu pop Korea 2012 yang didendangkan oleh rapper dari Korea Selatan, PSY. Lagu ini dipuji kerana lawaknya, iramanya yang menarik serta tarian PSY yang lain daripada yang lain. Lagu ini diterbitkan pada 15 Julai 2012, apabila ia menduduki tangga teratas Carta Gaon. Video muziknya telah ditonton lebih 884 juta kali setakat 4 Disember 2012, menjadikannya video K-pop yang paling banyak ditonton di YouTube.