Ganga Nayar
கங்கா நாயர் Ganga Nayar | |
|---|---|
| Kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor | |
| Dalam jawatan 1969–1974 | |
| Pengasas Parti Harapan Negara
Pembentukan Parti: 1978 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 3 Ogos 1923 Jaffna, Ceylon, (kini Sri Lanka) |
| Meninggal dunia | 3 April 2009 (umur 85) |
| Parti politik | Parti Buruh Malaya (1958-1972) Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) (1972-1974) Parti Tindakan Demokratik (DAP) (1974-1978) Parti Harapan Negara (1978-2009) |
| Pasangan | CV Nair |
| Anak | 8 |
| Pekerjaan | ahli politik |
Ganga Nayar (Bahasa Tamil: கங்கா நாயர்) (lahir: 3 Ogos 1923; meninggal dunia: 3 April 2009) merupakan seorang ahli politik Malaysia keturunan Tamil Sri Lanka yang mengasaskan Parti Buruh Malaysia. Beliau dikenali sebagai wanita pertama yang memimpin sebuah parti politik di Malaysia..
Ganga Nayar juga dikenali sebagai wanita India pertama yang dipilih ke Dewan Undangan Negeri dalam sejarah Malaysia. Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Serendah di negeri Selangor dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969.