Gamelan

Gamelan
Pengelasan
DibangunkanJawa dan Bali, Indonesia
Lingkungan dimain

Pelog, Slendro, Pathet, Cengkok, Seleh, Sekaran, Imbal, kotekan, Gatra, Colotomy, Gendhing structures, Irama, Gamelan notation

Gamelan (bahasa Jawa: ꦒꦩꦼꦭꦤ꧀, translit. gamêlan, Pegon: ڮَملن; bahasa Sunda: ᮌᮙᮨᮜᮔ᮪, translit. gamelan, Bahasa Bali: ᬕᬫᭂᬮᬦ᭄ gamelan) adalah himpunan alat muzik (ensembel) yang terdiri daripada alat muzik membranofon seperti gendang, idiofon berbentuk bilah dan pencon, aerofon seperti seruling, dan kordofon seperti rebab dan zither. Gamelan berasal dari Indonesia dan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

Gamelan telah diiktiraf sebagai Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan yang berasal daripada Indonesia oleh UNESCO pada 2021.