Bali (provinsi)

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Bali
Bali
ᬩᬮᬶ
Bālī
Negeri
Pemerintah Provinsi Bali
Dari atas, kiri ke kanan:
Matahari terbenam di pantai Amed berlatarbelakangkan Gn. Agung, Monumen Garuda Wisnu Kencana, Kuil Tanah Lot, Kuil Besakih, skuba di Pemuteran, Matahari tergelincir di Pantai Kuta, aktiviti tradisional orang Bali
Nama panggilan: Pulau Dewata (Melayu: Pulau Para Dewa)
(bahasa Inggeris: Island of Gods)
Cogan kata: Bali Dwipa Jaya (bahasa Inggeris: Glorious Bali Island)
Location Bali di Indonesia (warna hijau)
Koordinat: 8°39′S 115°13′E / 8.650°S 115.217°E / -8.650; 115.217
Negara Indonesia
Ditubuhkan19 Ogos 1945, sebagai bahagian wilayah Provinsi Sunda Kecil
Ditubuhkan24 Disember 1946, sebagai bahagian wilayah Negara Indonesia Timur
Menyertai Republik Indonesia27 November 1949
Diberikan taraf Negeri11 Ogos 1950
Ibu Negeri Denpasar
Pentadbiran
 • JenisKerajaan Negeri
 • GabenorI Wayan Koster
 • Timbalan GabenorTjokorda Oka Artha Ardana Sukawati
Keluasan
 • Jumlah5,780 km2 (2,230 batu persegi)
Penduduk
 (2014)
 • Jumlah4,225,384
 • Kepadatan730/km2 (1,900/batu persegi)
Demographics
 • Suku BangsaBali (85.97%)
Jawa (9.60%)
Madura (0.77%)
Lainnya (3.66%)
 • ReligionHindu (86.53%)
Islam (10.20%)
Kristian (2.58%)
Buddha (0.68%)
Lainnya (0.01%)
 • BahasaIndonesia (rasmi), Bali, Melayu
Zon waktuUTC+8 (Bahagian Tengah Indonesia)
Poskod
80xxx, 82xxx
Kod Panggilan+62 361
GeocodeID-NU
Kod ISO 3166ID-BA
Plat KenderaanDK
HDI 0.724 (High)
HDI rank5th out of 34 (2014) province of Indonesia
Laman sesawangbaliprov.go.id

Bali ialah sebuah provinsi di Indonesia yang terletak di bahagian barat Kepulauan Nusa Tenggara dan beribu negeri di Denpasar. Pulau Bali, yang merupakan pulau terbesar di Provinsi Bali, memiliki beberapa gelaran, seperti Pulau Dewata dan Pulau Seribu Pura. Di awal kemerdekaan Indonesia, pulau ini termasuk dalam Provinsi Sunda Kecil yang beribu negeri di Singaraja. Kini ia terbahagi menjadi 3 provinsi, iaitu Bali, Nusa Tenggara Barat, dan Nusa Tenggara Timur. Pada tahun 2020, penduduk provinsi Bali berjumlah 4.317.404 orang, dengan kepadatan 747 orang/km2, dan pada akhir 2023 berjumlah 4.344.554 orang.

Selain terdiri dari pulau Bali, provinsi Bali juga terdiri daripada pulau-pulau lebih kecil di sekitarnya, iaitu pulau Nusa Penida, pulau Nusa Lembongan, pulau Nusa Ceningan, Pulau Serangan, dan Pulau Menjangan. Secara geografi, Bali terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Majoriti penduduk Bali ialah penganut Hindu. Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi orang Jepun dan Australia.