Got7
Got7
| |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Seoul, Korea Selatan |
| Genre | |
| Tahun aktif | 2014–2021 |
| Diskografi | Lihat: Got7 discography (en) |
| Syarikat rakaman |
|
| Kegiatan berkaitan |
|
| Anggota semasa | Mark Tuan JB Jackson Jinyoung Youngjae Bambam Yugyeom |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | web.archive.org… |
| Tanda pagar | got7, 갓세븐, IGOT7 |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Got7 (Korea: 갓세븐; makna harfiah: "Mendapat 7" biasa digayakan sebagai GOT7) merupakan sebuah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat rakaman JYP Entertainment. Terdiri daripada tujuh orang ahli JAYB, Mark, Jackson, Jinyoung, Youngjae, Bambam dan Yugyeom. Kumpulan muzik ini dan rakan sesyarikat mereka, 5Live pertama kali muncul pada 6 September 2013 di rancangan realiti, WIN: Who is Next yang ditayangkan melalui saluran Channel M dan Channel [V]. Dua kumpulan tersebut telah bertarung dengan pelatih YG iaitu Pasukan A (Winner) dan Pasukan B. Pendedahan awal tersebut menarik minat dari kalangan masyarakat internet (netizen). Pada 16 Januari 2014, GOT7 memulakan penampilan sulung rasmi mereka di rancangan muzik terbitan Mnet, M Countdown mempromosikan dengan mempromosikan lagu "Girls Girls Girls" (Gadis Gadis Gadis).
Kumpulan ini meninggalkan JYP Entertainment pada 19 Januari 2021 berikutan tamatnya kontrak mereka dengan agensi tersebut.