Jackson Wang

Jackson Wang
王嘉爾
Maklumat latar belakang
Nama lahirWang Ka-yee
Juga dikenali
sebagai
Jiaer (en)
Kelahiran (1994-03-28) 28 Mac 1994
Hong Kong
WarganegaraRepublik Rakyat China
GenreK-pop
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
Alat muzikSuara
Tahun aktif2014–kini
DiskografiLihat: Jackson Wang discography (en)
Syarikat rakamanJYP Entertainment
Anggota bagiGOT7
Kegiatan berkaitanGOT7
Pautan berkaitan
Tanda pagarjackson
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Jackson Wang (Cina: 王嘉爾) (lahir Wang Ka-yee; 28 Mac 1994), lebih dikenali sebagai Jackson Wang, ialah seorang penyanyi, penyanyi rap dan penari aktif di Korea Selatan, yang berasal dari Hong Kong. Beliau merupakan ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, GOT7, dibawah naungan JYP Entertainment. Beliau lebih dikenali melalui kemunculan beliau dalam rancangan-rancangan realiti Korea Selatan, terutamanya Roommate. Beliau juga bergiat aktif di tanah besar Cina sebagai seorang artis solo dan host televisyen.

Dilahirkan dan dibesarkan di Hong Kong, beliau pernah mewakili Hong Kong dalam sukan bermain pedang (fencing). Beliau meraih tempat kesebelas dalam Sukan Olimpik Belia pada tahun 2010, dan juga pernah meraih tempat pertama dalam kejohanan pemain pedang muda di Asia.

Setelah lulus sebuah ujibakat muzik, beliau beralih ke Seoul untuk membina kerjayanya dalam industri Kpop. Setelah berlatih selama lebih dua tahun, beliau membuat penampilan sulungnya sebagai seorang anggota GOT7 melalui single utama mereka "Girls Girls Girls".