gNewSense


gNewSense
gNewSense 2.0
Maklumat umum
Jenis sistemGNU/Linux (mul)
Keluarga sistemDebianUbuntu
PembangunBrian Brazil and Paul O'Malley
Keadaan kerjaSekarang
Model sumberPerisian bebas
Keluaran awal2006
Keluaran terkini4.0 [1] / 6 Mei 2016 (2016-05-06)
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
APT
Pengurus pakejdpkg
Pelantar
x86
Jenis intiMonolitik (Linux)
Antara muka
pengguna
lalai
GNOME
LesenLesen perisian bebas
Pautan berkaitan
Tapak webwww.gnewsense.org
Repositorihttps://bzr.savannah.gnu.org/r/gnewsense/
sunting ยท sunting di Wikidata

gNewSense ialah sebuah agihan GNU/Linux berdasarkan Ubuntu yang direka supaya hanya mengandungi perisian bebas untuk pengguna komputer meja dan komputer riba. Agihan Linux ini dilancarkan oleh Brian Brazil dan Paul O'Malley pada tahun 2005. Pada tahun 2006, gNewSense menerima bantuan daripada Yayasan Perisian Bebas, dan digunakan oleh presiden Yayasan Perisian Bebas sendiri, Richard Stallman.

gNewSense adalah berdasarkan Ubuntu, akan tetapi semua perisian hak milik dan blob perduaan telah dikeluarkan, menjadikannya terdiri daripada 100% perisian bebas. gNewSense disifatkan sebagai "sebuah agihan GNU/Linux yang bebas daripada semua blob bukan bebas yang terdapat dalam suatu agihan popular".

Versi 1.1 dilepaskan pada Januari 22 2007, diikuti pula oleh versi 2.0 "deltah" (berdasarkan Ubuntu 8.04 "Hardy Heron") selepas lebih daripada setahun, iaitu pada 30 April 2008.