Fumarol

Fumarol (Latin fumus, asap) ialah lubang pada kerak bumi (atau benda langit lain) yang mengeluarkan wap dan gas seperti karbon dioksida, belerang dioksida, asid klorida, dan hidrogen sulfida. Fumarol sering ditemui di sekitar gunung berapi. Fumarol yang mengeluarkan gas sulfur disebut solfatara (berasal dari perkataan solfo dari bahasa Itali, sulfur [melalui dialek Sicily]).

Fumarol terdapat di sepanjang retakan kecil mahupun rekahan yang panjang, dalam medan atau klaster yang kacau bilau, dan di permukaan aliran lava serta endapan aliran piroklastik yang tebal. Lapangan fumarol merupakan suatu wilayah mata air panas dan semburan gas di mana magma atau batuan beku yang panas di kedalaman atau air tanah. Dari perspektif air tanah, fumarol boleh dihuraikan sebagai mata air panas yang menjadikan air mendidih sebelum air mencapai permukaan tanah.

Fumarol mampu bertahan selama beberapa dekad atau abad jika berada di atas sumber panas yang berterusan, atau hilang dalam berminggu-minggu atau berbulan-bulan jika berada di puncak sebuah endapan vulkanik yang masih baru dan cepat menyejuk, Sebagai contoh, aktiviti fumarol di Lembah Ten Thousand Smokes (Sepuluh Ribu Asap) terbentuk pada tahun 1912 ketika terjadi letusan Novarupta di Alaska. Pada awalnya, ribuan fumarol terbentuk di abu yang menyejuk akibat letusan, tetapi seiring waktu sebahagian besar dari mereka telah menghilang.

Dianggarkan empat ribu fumarol berada di sekitar wilayah Taman Negara Yellowstone di Amerika Syarikat. Selain itu, terdapat pula rangkaian fumarol di Lembah Kehancuran di Taman Negara Morne Trois Pitons di Dominica.

Fumarol mengeluarkan wap belerang yang membentuk endapan permukaan mineral yang kaya belerang; tempat-tempat di mana endapan ini telah digali, iaitu: