Mata air panas
Mata air panas atau kolam air panas ialah mata air yang terhasil akibat air bawah tanah yang dipanaskan secara geoterma mengalir keluar dari kerak Bumi yang mempunyai suhu lebih tinggi berbanding air normal di kawasan persekitarannya.
Air panas ini dikatakan boleh membantu merawat pelbagai penyakit berkaitan masalah kulit dan sakit sendi.