Campi Flegrei
| Campi Flegrei | |
|---|---|
| Campi Flegrei | |
Pemandangan Campi Flegrei dari Napoli | |
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 458 m (1,503 ka) |
| Koordinat | 40°49′37″N 14°08′20″E / 40.827°N 14.139°E |
| Geografi | |
| Lokasi | Wilayah Napoli, Itali |
| Geologi | |
| Usia batuan | 40,000 tahun |
| Jenis gunung | Kaldera |
| Lengkok/Lingkaran gunung berapi | Lengkok gunung berapi Campania |
| Letusan terakhir | September hingga Oktober 1538 |
Campi Flegrei ([ˈkampi fleˈɡrɛi]; bahasa Neapolitan: Campe Flegree; dari bahasa Yunani: φλέγω flego, "untuk dibakar") ialah sebuah supervolkano besar yang terletak di barat Napoli, Itali. Kawasan gunung ini diisytiharkan sebagai taman wilayah pada tahun 2003. Kawasan kaldera terdiri daripada 24 kawah gunung berapi dan struktur gunung berapi; kebanyakannya berada di bawah air. Aktiviti hidroterma boleh diperhatikan di Lucrino, Agnano dan di bandar Pozzuoli. Terdapat juga manifestasi gas efusif di kawah Solfatara, rumah mitologi tuhan api Rom, Vulcanus. Kawasan ini dipantau oleh Balai Cerap Vesuvius.