Frantz Fanon

Frantz Fanon
Kelahiran(1925-07-20)20 Julai 1925
Meninggal dunia6 Disember 1961(1961-12-06) (umur 36)
Pusat pendidikanUniversiti Lyon
Karya terkenal
Peau noire, masques blancs, Les Damnés de la Terre
PasanganJosie Fanon
EraFalsafah abad ke-20
FalsafahFalsafah Afrikana
SekolahMarxisme
Eksistensialisme kulit hitam
Teori kritis
Kepentingan utama
Penyahjajahan and Pascapenjajahan, revolusi, psikopatologi penjajahan, rasisme
Idea cemerlang
Kesedaran ganda, Pengasingan berjajah, To become black
Dipengaruhi
Mempengaruhi

Frantz Omar Fanon (disebut [fʁɑ̃ts fanɔ̃ terdekat fronts fa.nong]; 20 Julai 1925 – 6 Disember 1961) atau nama pena lainnya Ibrahim Frantz Fanon merupakan seorang filsuf politik, pakar psikiatri dan penulis kelahiran Martinique. Pemikiran dibawa beliau banyak menumpukan kepada kesan mental dibawa penjajahan terhadap masyarakat serta hubungan pembebasan daripada cengkaman kuasa asing dengan pemulihan terhadap keperibadian, masyarakat dan budaya manusia.

Karya-karya beliau amat mengilham banyak pergerakan kemerdekaan radikal serata dunia dari Palestin sampai ke Afrika Selatan. Beliau juga membangunkan kaedah pemulihan penyakit mental secara integrasi dalam masyarakat yang diketahui dan diamalkan sehingga hari ini.