Slavoj Žižek

Slavoj Žižek
Žižek in Liverpool, England, 2008
Kelahiran (1949-03-21) 21 Mac 1949
EraFasafah abad ke-20/21
FalsafahWestern philosophy
Sekolah
  • Psikoanalisis Lacan
  • Pasca-Hegelianisme
  • Freudo-Marxisme
Institusi
  • Universiti Ljubljana
  • New York University
  • Birkbeck, University of London
Kepentingan utama
Dipengaruhi
Mempengaruhi
    • Jodi Dean
    • Mark Fisher
    • Eric Santner
    • Alenka Zupančič

Slavoj Žižek (disebut [ˈslaʋɔj ˈʒiʒɛk, terdekat sla.voi zhi.zhék]., lahir 21 Mac 1949) ialah seorang filsuf dari Slovenia. Beliau merupakan seorang profesor di Institut Sosiologi dan Falsafah Universiti Ljubljana serta pengarah antarabangsa Institut Kemanusiaan Birkbeck (Birkbeck Institute for the Humanities) University of London. Beliau banyak menyentuh banyak bidang termasuk falsafah Eropah, teori politik, kajian budaya, psikoanalisis, kritikan filem, Marxisme, Hegelianisme serta teologi.

Gaya pemahaman dan pembicaraan kata serta karya penulisan unik beliau dalam pelbagai buku dan majalah menjadi beliau sangat dikenali, baik dalam pujian mahupun kritikan sehingga banyak kontroversi. Malah, beliau diikuti dekat segelintir masyarakat sehingga mendapatkan pengaruhnya sendiri di luar bidangnya. Majalah Foreign Policy meletakkan Žižek dalam senarai 100 pemikir terhebat mereka pada tahun 2012 sehingga menjolok beliau seorang "selebriti", malah ada yang menggelarnya "filsuf paling berbahaya dunia Barat".