Georg Wilhelm Friedrich Hegel
Georg Wilhelm Friedrich Hegel | |
|---|---|
| Kelahiran | 27 Ogos 1770 |
| Meninggal dunia | 14 November 1831 (umur 61) |
| Sekolah | Pengasas Hegelianisme |
| Institusi |
|
Kepentingan utama | Logik, falsafah sejarah, estetika, Agama, metafizik, epistemologi, falsafah politik |
Idea cemerlang | Idealisme mutlak, dialektik |
Dipengaruhi | |
| Tandatangan | |
Georg Wilhelm Friedrich Hegel (Sebutan bahasa Jerman: [ˈɡeɔɐ̯k ˈvɪlhɛlm ˈfʁiːdʁɪç ˈheːɡəl], 27 Ogos 1770 – 14 November 1831) merupakan seorang ahli falsafah Jerman, salah seorang pencipta Idealisme Jerman.
Falsafah Hegel menjadi pengaruh banyak pemikir dan penulis dengan pendapat yang tersendiri. Karl Barth menyatakan beliau sebagai "[setanding atau setaraf Thomas] Aquinas dalam kalangan orang Protestan" manakala Maurice Merleau-Ponty pula menulis bahawa that "kesemua ide-ide falsafah terhebat dari kurun yang lepas—falsafah-falsafah Marx dan Nietzsche, fenomenologi, eksistensialisme Jerman dan psikoanalisis—dimulakan daripada Hegel."