Forrest Gump

Forrest Gump
PengarahRobert Zemeckis
Lakon layarEric Roth
BerdasarkanForrest Gump oleh
Winston Groom
Dihasilkan oleh
  • Wendy Finerman
  • Steve Tisch
  • Steve Starkey
Dibintangi
SinematografiDon Burgess
Disunting olehArthur Schmidt
Muzik olehAlan Silvestri
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
  • 23 Jun 1994 
    (Los Angeles)
  • 6 Julai 1994
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
142 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
BajetUS$55 juta
Pecah panggungUS$677.9 juta

Forrest Gump ialah sebuah filem romantik drama komedi epik Amerika Syarikat tahun 1994 berdasarkan novel tahun 1986 dengan nama yang sama oleh Winston Groom. Filem ini diarahkan oleh Robert Zemeckis. Ia dibintangi Tom Hanks, Robin Wright, Gary Sinise, Mykelti Williamson dan Sally Field. Fotografi utama mengambil tempat semasa lewat tahun 1993 terutamanya di Georgia, Carolina Utara dan Carolina Selatan.

Ditayangkan di Amerika Syarikat pada 6 Julai 1994, Forrest Gump mencapai kejayaan komersial dan merupakan filem dengan kutipan tertinggi di Amerika Utara pada tahun itu dengan mengutip 677 juta di seluruh dunia. Pada tahun 1995, filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik untuk Robert Zemeckis, Pelakon Lelaki Terbaik untuk Tom Hanks, Lakon Layar Adaptasi Terbaik untuk Eric Roth, Kesan Visual Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik. Ia turut menerima pelbagai pencalonan dan anugerah lain termasuk Golden Globe dan Anugerah People's Choice. Pada tahun 2011, Perpustakaan Kongres memilih Forrest Gump untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan Amerika Syarikat .