Gary Sinise
Gary Sinise | |
|---|---|
Sinise pada tahun 2011 | |
| Kelahiran | Gary Alan Sinise 17 Mac 1955 Blue Island, Illinois, A.S. |
| Pekerjaan | Pelakon, pengarah, ahli muzik |
| Tahun aktif | 1973–sekarang |
| Pasangan | Moira Harris (1981–sekarang) |
| Anak-anak | 3 |
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"
Gary Alan Sinise (/səˈniːs/; lahir 17 Mac 1955) ialah seorang pelakon, pengarah dan ahli muzik Amerika Syarikat. Beliau telah memenangi satu Anugerah Emmy, satu Anugerah Golden Globe dan dicalonkan untuk Anugerah Akademi. Sinise dikenali dengan peranan beliau sebagai George Milton dalam Of Mice and Men, Lt. Dan Taylor dalam Forrest Gump, Harry S. Truman dalam Truman, Ken Mattingly dalam Apollo 13, Detektif Jimmy Shaker dalam Ransom dan George C. Wallace dalam George Wallace. Beliau juga dikenali kerana membintangi sebagai Detektif Mac Taylor dalam siri CBS, CSI: NY dari tahun 2004 sehingga 2013.