Fly With Yaya

Fly With Yaya
GenreAnimasi, Travelog, Pendidikan, Kanak-kanak
Dibangunkan oleh
Monsta Studios
Creative Minds
Ditulis olehFatima Zafira Zaharan
Meor Hizmin Amir Hassan
PengarahNoriman Saffian
Muhammad Akid Jamel
Pelakon suara
Nur Sarah Alisya Zainal Rashid
Nur Intan Syuhadah
Anna Tanaka
PenggubahNur Sharmine Md Bakri
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan musim3
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutifNizam Razak
Anas Abdul Aziz
Safwan Karim
Kee Yong Pin
Ikuko Kokiso
PenerbitRashdan Fahirurazi
PenyuntingNoriman Saffian
Muhammad Akid Jamel
LokasiTokyo, Kyoto, Osaka, Tohoku dan Omotenashi, Jepun
SinematografiNoriman Saffian
Syarikat penerbitan
Monsta Studios
Penyiaran
Saluran asalYouTube
Astro Prima
Siaran asal4 Julai 2013
Rancangan berkaitan
BoBoiBoy
BoBoiBoy Galaxy
Pautan luar
Tapak sesawang penerbitan Monsta Studios

Fly With Yaya ialah sebuah siri pendek web di YouTube yang diterbitkan oleh Monsta Studios dan Creative Minds. Ia merupakan sempalan daripada siri animasi Monsta, BoBoiBoy, dan dibintangi salah seorang watak utama siri itu, iaitu Yaya. Menurut laman web rasmi studio tersebut, siri ini ingin "[diterjemah dari bahasa Inggeris]...mengajar penonton tentang bahasa, etika budaya, dan tarikan-tarikan di negara yang dilawat oleh Yaya, di samping memaparkan aspek-aspek pelancongan halal."

Panjang episod-episod siri ini lebih daripada 3 minit dan memaparkan Yaya (bersama dengan penonton) mempelajari budaya dan gaya hidup di negara yang dilawati, dari aspek-aspek yang berbeza. Ia mengisahkan Yaya yang mengembara seluruh dunia menerokai destinasi menarik dan mesra Muslim.