Flavonoid

Flavonoid adalah sejenis metabolit sekunder tumbuhan yang berpolifenol, malah ia merupakan sebatianpolifenolik paling banyak didapati pada kelas tumbuhan ini. Ia berperanan utama dalam pelbagai fungsi tumbuhan seperti mengatur tumbesaran sel, menghasilkan pigmen bunga menarik perhatian hidupan hinggap mensenyawa, melawan ancaman jangkitan mikrobial serta mengikat nitrogen tanah.

Sebatian flavonoid umumnya mempunyai struktur rerangka 15 zarah karbon membentuk dua cincin fenil (A dan B) dan suatu cincin heterosiklus (C) beroksigen yang boleh diringkaskan kepada C6-C3-C6.