Polifenol
Polifenol (polyphenol) adalah jenis sebatian organik semulajadi yang dicirikan melalui keberadaan unit fenol yang banyak; sebatian-sebatian ini banyak didapatti dalam tumbuh-tumbuhan serta juga haiwan tertentu seperti artropod (merangkumi spesies serangga dan krustasea) dalam pelbagai struktur.
Polifenol umum disepakati pengkaji sebagai produk semula jadi "yang mempunyai struktur polifenol (iaitu, beberapa kumpulan hidroksil pada cincin aromatik)" termasuk empat kelas utama: "asid fenolik, flavonoid, stilbena dan lignan".