Fiq Halim
Fiq Halim | |
|---|---|
| Nama lahir | Mohammad Firdaus bin Abdul Halim |
| Juga dikenali sebagai | Fiq Mentor |
| Kelahiran | 1981 (umur 43–44) Sandakan, Sabah, Malaysia |
| Asal | Sandakan, Sabah, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Rock, pop rock |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 2006-kini |
| Syarikat rakaman | EMI Warner Music Malaysia |
| Kegiatan berkaitan | Amy Search, Nieyl, Akim, Aepul Roza, Aweera |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Mohammad Firdaus "Fiq" Abdul Halim merupakan seorang penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau merupakan bekas juara Mentor musim kedua pada tahun 2006. Beliau juga merupakan protege kepada penyanyi Amy Search ketika bertanding didalam Mentor 2, dan menerbitkan dua single nyanyiannya, "Tiga Malam Tanpa Bintang" dan "Bukti", beliau kemudian menghilang seketika daripada industri muzik tanah air. Namun pada 2010, beliau membuat kemunculan semula dengan menerbitkan album sulungnya berjudul Diagnostik dan mula berkolaborasi dengan artis-artis masa kini seperti Akim, Aepul Roza dan Aweera.