Fine Gael
Fine Gael Fine Gael | |
|---|---|
| Fail:Fine Gael logo 2009.svg | |
| Singkatan | FG |
| Pemimpin/ketua | Leo Varadkar TD |
| Pengerusi | Simon Harris |
| Naib Ketua | Simon Coveney TD |
| Pengerusi | Martin Heydon TD |
| Pemimpin Seanad | Jerry Buttimer |
| Presiden | Enda Kenny |
| Pengasas | W. T. Cosgrave, Frank MacDermot, Eoin O'Duffy |
| Diasaskan | 8 September 1933 |
| Penggabungan | Cumann na nGaedheal, Partai Tengah Nasional, Gardda Nasional |
| Anggota bagi | Senarai |
| Ibu pejabat | 51 Upper Mount Street, Dublin 2, D02 W924, Irlandia |
| Sayap belia/pemuda | Young Fine Gael |
| Keanggotaan (2017) | 30.000 |
| Ideologi | Konservatisme liberal Liberalisme Demokrasi Kristian Pro-Eropah |
| Kedudukan politik | Kanan tengah |
| Hubungan Eropah | Parti Rakyat Eropah |
| Kumpulan Parlimen Eropah | Partai Rakyat Eropah |
| Hubungan antarabangsa | Centrist Democrat International |
| Warna | Biru |
| Tapak sesawang | www.finegael.ie |
| Pautan lain | |
| Dáil Éireann | 50 / 158
|
| Seanad Éireann | 19 / 60
|
| Parlimen Eropah | 4 / 11
|
| Pemerintahan daerah | 232 / 949
|
| Bendera parti | |
| |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Fine Gael ([fi-nĕ géil], "Keluarga/Suku Ireland") adalah sebuah parti berfahaman konservatif liberal dan demokrasi Kristian di Ireland. Fine Gael saat ini memerintah Ireland dan merupakan Parti dengan kerusi terbanyak di Oireachtas dan Parlimen Eropah di Ireland. Parti ini mempunyai anggota sebesar 35.000 orang, dan memerintah melalui gabungan bersama beberapa ahli politik yang bebas. Parti ini dipimpin Leo Varadkar yang juga menjawat sebagai Taoiseach - beliau menggantikan Enda Kenny sebagai pemimpin parti pada 2 Juni 2017 dan sebagai Taoiseach pada 14 Juni; Kenny telah menjadi pemimpin sejak tahun 2002, dan Taoiseach sejak 2011.
Fine Gael didirikan pada tanggal 8 September 1933 setelah parti-parti Cumann na nGaedheal, Parti Tengah Nasional, dan Garda Nasional (dikenal sebagai "Baju Biru", nama ini masih digunakan sebagai nama samaran Parti ini) memutuskan untuk bersatu. Asal mulanya Parti ini bermula dari perjuangan untuk kemerdekaan Ireland dan pihak pro-Perjanjian pada Perang Saudara Ireland. Michael Collins merupakan salah satu pengasas gerakan ini.
Fine Gael umumnya dianggap sebagai berfahaman ekonomi liberal jika dibandingkan dengan saingannya, Fianna Fáil. Namun, selain pada tahun 1987, Fine Gael selalu bergabung dengan parti lain, seperti Parti Buruh yang berfahaman demokrasi sosial dengan spektrum kiri tengah. Fine Gael menyebut dirinya sebagai "parti sentris progresif" yang bertindak "dengan cara yang tepat untuk Ireland, bebas daripada dogma atau ideologi". Nilai-nilai utama pada Parti ini konsisten dalam hal kesempatan, kapitalisme, keselamatan, integriti dan harapan. Parti ini giat berpihak dengan Kesatuan Eropah dan menentang perjuangan bersenjata dari gerakan republikan di Ireland. Sayap pemuda parti ini, Young Fine Gael dibentuk pada tahun 1977 dan memiliki sekitar empat ribu anggota. Fine Gael adalah anggota pendiri Parti Rakyat Eropah dan anggota Centrist Democrat International.