Dáil Éireann

Dáil Éireann
Dewan Rendah Ireland
ديوان رندە أيرلندا

Dáil Éireann
Dail ke-33
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1937
Didahului oleh
  • Parlimen Ireland (1297–1800)
  • Dewan Rakyat Ireland Utara (1921–1972)
  • Dewan Rakyat Ireland Selatan (1922)
  • Dáil Éireann (Negeri Bebas Ireland) (1922–1937)
Sesi baru bermula
2020
Kepimpinan
Ketua Majlis (Ceann Comhairle)
Seán O Fearghail, Fianna Fáil
Struktur
Ahli160
Kumpulan politik di Dewan Rendah Ireland
  •      Fianna Fáil (37)
  •      Sinn Féin (37)
  •      Fine Gael (35)
  •      Green (12)
  •      Parti Pekerja (6)
  •      Parti Sosial Demokrat (6)
  •      Solidariti Rakyat Sebelum Keuntungan (5)
  •      Bebas Untuk Perubahan (1)
  •      Aontú (1)
  •      Bebas (19)
  •      Ceann Comhairle (1)
Pilihan raya
Pilihan raya terakhir Dewan Rendah Ireland
8 Februari 2020
Pilihan raya seterusnya bagi Dewan Rendah Ireland
Seterusnya
Tempat persidangan
Kamar Dáil
Dewan Leinster, Dublin
Laman sesawang
www.oireachtas.ie
sunting


Dáil Éireann [d̪ˠɑːlʲ ˈɛərən, dal é-ĕ-rĕn] atau Dewan Rendah Ireland merupakan dewan rendah bagi badan perundangan negara Republik Ireland (yakni Oireachtas yang setaraf parlimen) dan dewan kedua selepas Seanad Éireann (yang bertindak sebagai suatu badan senat). Ia dipilih secara langsung sekurang-kurangnya sekali pada setiap lima tahun di bawah sistem perwakilan berkadar dengan cara sistem satu undi boleh pindah (STV). Bidang kuasa dewan ini adalah sama dengan negara yang mengamalkan sistem berparlimen dwidewan yang lain. Tertakluk kepada had yang dikenakan oleh Perlembagaan Ireland, dewan ini mempunyai kuasa untuk meluluskan mana-mana undang-undang yang dikehendaki serta mencalonkan dan membuang Taoiseach (ketua kerajaan).

Sejak tahun 1922, badan ini telah bersidang di Dewan Leinster, kota Dublin.