Final Fantasy XV
| Final Fantasy XV | |
|---|---|
| Fail:FF XV cover art.jpg | |
| Pembangun | Square Enix Business Division 2 |
| Penerbit | Square Enix |
| Pengarah | Hajime Tabata |
| Pengeluar | Shinji Hashimoto |
| Pereka bentuk | Tetsuya Nomura, Wan Hazmer dan Prasert Prasertvithyakarn (en) |
| Artis |
|
| Penulis/pengarang |
|
| Penggubah | Yoko Shimomura |
| Siri | |
| Enjin | Luminous Studio |
| Pelantar | |
| Dilancarkan pada | PlayStation 4, Xbox One
|
| Genre | Permainan berperanan aksi |
| Mod | Pemain tunggal, Permainan video berganda, co-op mode (en) |
| Pautan luar | |
| Tapak sesawang | finalfantasyxv.square-enix-games.com |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Final Fantasy XV merupakan sebuah permainan video berperanan aksi dunia terbuka yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Square Enix untuk PlayStation 4, Xbox One dan Microsoft Windows. Merupakan judul kelima belas dalam siri Final Fantasy, permainan ini dilancarkan untuk PS4 dan Xbox One pada November 2016, dan akan dilancarkan untuk Windows pada awal 2018. Permainan ini menampilkan persekitaran dunia terbuka dan sistem pertarungan berasaskan aksi, menampilkan sistem penukaran senjata pantas, magik unsur, dan unsur-unsur lain seperti penggunaan kenderaan dan perkhemahan.
Final Fantasy XV bertempat di dunia fiksyen Eos. Kesemua negara di dunia, kecuali kerajaan Lucis, telah dijajah oleh empayar Niflheim. Noctis Lucis Caelum, putera mahkota Lucis, menjalani pencarian untuk menuntut semula tanah airnya dan Kristal magiknya setelah ia dirampas oleh Niflheim pada malam perjanjian damai antara dua negara. Namun demikian, dia mendapati bahawa Kristal tersebut terletak di tengah-tengah ancaman yang lebih hebat kepada Eos, dan peranannya sebagai bakal raja merupakan kunci kepada usaha pencegahan kemusnahan dunia. Permainan ini berkongsi tema dengan Fabula Nova Crystallis Final Fantasy, satu subsiri permainan yang dihubungkan oleh satu mitos sama termasuklah Final Fantasy XIII dan Final Fantasy Type-0.
Pembangunan permainan ini bermula pada tahun 2006 sebagai judul sampingan PlayStation 3 bertajuk Final Fantasy Versus XIII. Tetsuya Nomura bertindak sebagai pengarah dan pereka watak asal, merekabentuk watak-watak dan konsep keseluruhan. Selepas enam tahun pembangunannya, ia secara rasmi dijenamakan semula sebagai judul utama seterusnya pada tahun 2012, dengan Nomura digantikan sebagai pengarah oleh Hajime Tabata, yang mana pembangunannya berhijrah kepada pelantar generasi kelapan. Untuk memperkembangkan ceritanya tanpa perlu membangunkan permainan tambahan, satu projek multimedia dipanggil "Final Fantasy XV Universe" direka: produknya merangkumi dua permainan bimbit, satu siri anime, satu filem penampilan, dan satu permainan berasaskan realiti maya. Semasa dilancarkan, Final Fantasy XV mendapat penerimaan yang sangat menggalakkan bagi gaya permainan, watak, emosi dan visual. Setakat Januari 2018, permainan ini telah terjual sebanyak 7 juta unit di seluruh dunia. Versi permainan yang dikemaskini berjudul Final Fantasy XV: Royal Edition (Edisi Diraja) dengan kesemua kemas kini terdahulu dan kandungan tambahan telah diumumkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One dan dijadualkan akan dilancarkan bersama-sama edisi PC pada awal 2018.