Fabula Nova Crystallis Final Fantasy

Fabula Nova Crystallis Final Fantasy XIII (ファブラ ノヴァ クリスタリス ファイナルファンタジーXIII Fabura Nova Kurisutarisu Fainaru Fantajī Sātīn) merupakan nama sebuah koleksi siri judul-judul permainan video di bawah label Final Fantasy XIII oleh Square Enix. Koleksi Fabula Nova Crystallis ini dicipta dalam gaya yang serupa dengan Kompilasi Final Fantasy VII, membawa maksud "Kisah Baru Sebuah Kristal" dalam bahasa Latin, dan berdasarkan beberapa dunia dan watak yang berbeza, namun setiap judulnya akhirnya akan "bergantung kepada dan mengembangkan suatu mitos yang sama." Menurut Square Enix, judul-judul di bawah koleksi ini akan berlatarkan sebuah alam semesta yang sama, namun mereka tidak berkaitan secara langsung di antara satu sama lain.