Hironobu Sakaguchi
Hironobu Sakaguchi (坂口 博信, Sakaguchi Hironobu) (lahir pada 25 November, 1962) ialah seorang pereka permainan, pengarah permainan dan penerbit permainan video. Beliau terkenal sebagai pencipta siri Final Fantasy, dan mempunyai kerjaya yang lama di dalam industri permainan video; sejumlah 80 juta unit permainan video telah dijual di seluruh dunia.