Filemografi Vijay
Vijay ialah seorang pelakon India yang bekerja dalam perfileman berbahasa Tamil. Beliau membuat penampilan sulung sinematiknya pada tahun 1984 dengan Vetri, arahan bapanya, S. A. Chandrasekhar. Selepas muncul dalam filem Chandrasekhar sebagai pelakon kanak-kanak yang tidak dikreditkan, Vijay membuat penampilan sulungnya sebagai pelakon utama dengan Naalaiya Theerpu (1992). Beliau mengikutinya dengan peranan pembantu bersama Vijayakanth dalam filem Sendhoorapandi (1993).
Kejayaan pertama Vijay adalah pada tahun 1996 dengan melalui filem romantik arahan Vikraman berjudul Poove Unakkaga. Filem seterusnya, arahan Vasanth bertajuk Nerrukku Ner (1997) dan arahan Fazil bertajuk Kadhalukku Mariyadhai (1997), menerima pujian dan kejayaan komersial. Penampilan di filem seterusnya melayakkan beliau memenangi Anugerah Filem Negara Bahagian Tamil Nadu untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Peranan Vijay sebagai di mana beliau memegang watak pengendali TV kabel yang bertanggungjawab untuk kehilangan penglihatan kekasihnya dan kemudian membantunya dalam Thulladha Manamum Thullum (1999) dan meraih reputasi sebagai hero romantik.
Vijay memulakan alaf baru dengan filem kritis dan komersial yang berjaya seperti, seperti Kushi dan Priyamanavale. Pada tahun berikutnya, beliau berlakon dalam tiga film: Friends, Badri, dan Shahjahan. Sementara filem Friends meraih kejayaan komersial, dua filem lain kurang mendapat sambutan. Filem berikutnya yang dikeluarkan dalam tempoh satu setengah tahun yang akan datang tidak memasuki pecah panggung. Filem masala yang meraih kejayaan, Thirumalai (2003), di mana beliau berpasangan dengan Jyothika, mengubah personanya di layar lebar menjadi pelakon aksi. Beliau memegang watak sebagai seorang pemain Kabaddi bersama Trisha dalam filem arahan Dharani berjudul Ghilli (2004), yang menjadikan sebagai filem Tamil berjaya tahun itu. Filem ini juga merupakan filem Tamil pertama yang meraih kutipan sebanyak ₹5030
uarkan di pawagam, dengan pendapatan mencapai ₹ 1.56 bilion, antara filem-filem Tamil paling berjaya dalam sejarah filem.