Trisha
Trisha | |
|---|---|
| Kelahiran | Trisha Krishnan 4 Mei 1983 Chennai, Tamil Nadu, India |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 1999–kini |
Trisha Krishnan (lahir 4 Mei 1983), yang dikenali secara mononim sebagai Trisha, ialah seorang pelakon dan model India, yang sering bekerja di industri filem India Selatan, di mana beliau memperkenalkan dirinya sebagai pelakon utama. Beliau mula dikenali setelah memenangi beberapa pertandingan kecantikan seperti Miss Madras (1999), yang menandakan beliau masuk dalam perfileman.
Selepas muncul dalam peranan pembantu dalam filem Tamil 1999 Jodi, beliau diberikan watak utama pertamanya dalam filem 2002 Mounam Pesiyadhe. Beliau kemudian mengembangkan sayapnya dalam filem-filem yang berjaya, Saamy (2003) dan Ghilli (2004) di pawagam Tamil dan Varsham (2004) di pawagam Telugu, yang melayakkan beliau menerima Anugerah Filmfare Selatan untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau memenangi anugerah itu lebih dari dua kali untuk Nuvvostanante Nenoddantana (2005) dan Aadavari Matalaku Ardhalu Verule (2007). Pada tahun 2010, beliai membuat penampilan Bollywood pertamanya dalam Khatta Meetha. Beliau menikmati pencapaian terbaik dalam kerjayanya dalam Abhiyum Naanum (2008) dan Vinnaithaandi Varuvaayaa (2010) yang melayakkan beliau memenangi Anugerah Vijay untuk Pelakon Utama Wanita Kegemaran dan dicalonkan untuk Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik – Tamil.