Seniman Bujang Lapok

Seniman Bujang Lapok
PengarahP. Ramlee
H. M. Rohaizad (penolong pengarah)
PenulisP. Ramlee
H. M. Rohaizad
Lakon layarH. M. Rohaizad
Cerita olehP. Ramlee
Dihasilkan olehRun Run Shaw
DibintangiP. Ramlee
Aziz Sattar
S. Shamsuddin
SinematografiA. Bakar Ali
Disunting olehLee Thian Yak
Muzik olehKassim Masdor
P. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
6 Julai 1961
Masa tayangan
120 minit
NegaraSingapura
BahasaMelayu
BajetRM 3 juta
Pecah panggungRM 17.5 juta

Seniman Bujang Lapok merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 6 Julai 1961 arahan P. Ramlee. Filem Seniman Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih oleh Shaw Brothers Limited dan dibuat oleh Malay Film Productions. Masih mengekalkan muka lama termasuk teraju utamanya, filem ini telah pun mengandingkan P. Ramlee dan Saloma. Filem ini ialah filem keempat dalam siri "Bujang Lapok", tetapi merupakan filem terakhir memaparkan P. Ramlee, S. Shamsuddin dan Aziz Sattar sebagai trio utama dalam filem. Walau bagaimanapun, filem ini bukan sambungan dari siri Bujang Lapok yang terdahulu. Filem ini mengisahkan tentang trio Bujang Lapok bertanding dalam satu uji bakat lakonan dalam hasrat menjadi pelakon filem.