H. M. Rohaizad

H. M. Rohaizad (1926 – 17 Disember 1961) merupakan seorang pelakon dan penolong pengarah filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura. Dilahirkan pada tahun 1926, nama sebenarnya ialah Syed Mohd Hamid bin Syed Muhammad Al-Sagoff tetapi lebih dikenali dengan panggilan Wan Chik di kalangan seniman.

H. M. Rohaizad
Kelahiran
Syed Mohd Hamid bin Syed Muhammad Al-Sagoff

1926 (1926)
Meninggal dunia17 Disember 1961(1961-12-17) (umur 34–35)
Sebab kematianSerangan jantung
PekerjaanPelakon, penolong pengarah, penulis lirik, lakon layar
Tahun aktif1953–1961
PasanganMariani
Anak-anak6 (termasuk Rozita dan Shasha Rohaizad)

Beliau menggunakan nama H. M. Rohaizad sejak melangkah ke dunia perfileman di bawah pengurusan Malay Film Productions, Studio Jalan Ampas, Singapura sejak 7 Januari 1953.