S. Shamsuddin

S. Shamsuddin
S. Shamsuddin ketika berusia 50an.
Kelahiran
Haji Shamsuddin bin Haji Dali

(1929-01-01)1 Januari 1929
Meninggal dunia4 Jun 2013(2013-06-04) (umur 84)
Jurong, Singapura
Sebab kematianPenyakit jantung, sesak nafas, parkinson dan sakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang, Singapura
Nama lainPak Sudin
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1948–2013
Terkenal keranaSiri filem Bujang Lapok
Karya
Filemografi
PasanganPuteh binti Esmoon (k. 1954–2013)
Anak-anak7 (termasuk Ariff Shamsuddin)
IbuHajah Khatijah binti Haji Ahmad
BapaHaji Dali bin Kechik

Shamsuddin bin Dali (Jawi: شمس الدين بن دالي) atau lebih dikenali sebagai S. Shamsuddin (1 Januari 1929 – 4 Jun 2013) merupakan pelakon dan pelawak filem Melayu kelahiran Singapura yang terkenal pada era 1950-an pada 1960-an. Beliau lebih terkenal kerana lakonan watak-watak lucu dalam filem, dan telah mendapat didikan daripada bapa mertua P. Ramlee iaitu Daeng Harris. Keistimewaannya terletak pada gerak badannya yang lincah dan lidahnya yang petah sewaktu berkata-kata. Sepanjang kerjayanya, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Sudin berlakon dalam beberapa filem antaranya Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.