Festival Lagu Asia

Festival Lagu Asia
GenreMuzik pop
TarikhSeptember/Oktober
LokasiYeouido Park, Yeouido-dong, Daerah Yeongdeungpo, Seoul, Korea Selatan
Koordinat37°33′36″N 126°59′24″E / 37.56000°N 126.99000°E / 37.56000; 126.99000
Tahun aktif
2004 – kini
Dianjurkan oleh
Yayasan Korea untuk Pertukaran Budaya Antarabangsa (KOFICE)
Laman sesawang
asiasongfestival.kr
sunting
Festival Lagu Asia
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional亞洲音樂節
Tulisan Cina Ringkas亚洲音乐节
Vietnamese name
VietnameseLiên hoan bài hát Châu Á
Korean name
Hangul아시아송페스티벌
Nama Jepun
Kanaアジア・ソング・フェスティバル
Melayu
MelayuFestival Lagu Asia
Indonesia
IndonesiaFestival Lagu Asia

Festival Lagu Asia (bahasa Inggeris: Asia Song Festival), juga dikenali sebagai A-Song-Fe atau ASF, ialah festival muzik pop tahunan Asia yang diadakan di Korea Selatan, sejak tahun 2004. Ia dihoskan oleh Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea (KOFICE) dan menampilkan artis dari negara-negara Asia. Artis yang mengambil bahagian diberi plak penghargaan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea dan Artis Asia Terbaik oleh pengerusi (KOFICE). Kumpulan muzik Korea Selatan TVXQ adalah satu-satunya artis yang telah mengambil bahagian selama lima tahun berturut-turut, sejak penganjuran festival ini pada tahun 2004.

Perayaan ini dirakamkan dan disiarkan di Seoul Broadcasting System di Korea dan Fuji TV di Jepun; dan stesen penyiaran utama lain-lain di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, China, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, Finland, Bulgaria, Vietnam dan Singapura.

Lagu tema bagi Festival pada tahun 2011 "Dreams Come True", duet oleh Lee Donghae dari Super Junior dan Seohyun dari Girls' Generation dikeluarkan pada 11 Oktober 2011 sebagai single digital. Hasil daripada jualan disumbangkan kepada Unicef untuk membantu kanak-kanak di negara-negara Afrika.