Fengshen Yanyi
Kulit buku Fengshen Yanyi (Pelantikan Para Dewa), jilid dua, dari koleksi buku nadir Universiti Harvard | |
| Umum | |
|---|---|
| Pengarang | Xu Zhonglin Lu Xixing |
Tajuk asal | 封神演義 |
| Negara | China |
| Bahasa | Cina |
| Genre | Mitologi Cina, shenmo (fiksyen dewa dan syaitan), fantasi, fiksyen sejarah |
Tarikh penerbitan | Abad ke-16 |
Jenis media | Cetakan |
| Fengshen Yanyi | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Tradisional | 封神演義 | ||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 封神演义 | ||||||||||||
| Maksud harfiah | Romansa Pelantikan Para Dewa | ||||||||||||
| |||||||||||||
| Alternative Chinese name | |||||||||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 封神榜 | ||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 封神榜 | ||||||||||||
| Maksud harfiah | Senarai Nama Pelantikan Para Dewa | ||||||||||||
| |||||||||||||
Fengshen Yanyi (Bahasa Cina: 封神演義, harfiah: *Pelantikan Para Dewa*), juga dikenali sebagai Fengshen Bang (封神榜) merupakan sebuah novel mitologi Cina dari abad ke-16 dan antara karya utama dalam genre shenmo yang ditulis semasa zaman Dinasti Ming (1368–1644). Karya ini mengandungi 100 bab dan diterbitkan antara tahun 1567 hingga 1619, dengan ada sumber menyatakan edisi muktamad diterbitkan pada tahun 1605.
Cerita ini menggabungkan elemen sejarah, cerita rakyat, mitologi, legenda dan fantasi Cina. Ia berlatarkan penghujung zaman Dinasti Shang dan kebangkitan Dinasti Zhou, dan memaparkan pelbagai tokoh mitologi Cina, termasuk dewa, syaitan, roh, dan makhluk ghaib. Kepengarangan novel ini lazimnya dikaitkan dengan Xu Zhonglin.