Fan Yew Teng
Fan Yew Teng adalah aktivis, ahli politik dan penulis Malaysia berketurunan Cina yang juga bekas Ahli Parlimen Kampar dan Menglembu, Perak (1969 dan 1974) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) dari parti Democratic Action Party (DAP). Sebelum menyertai bidang politik, beliau juga giat dalam National Union of Teachers (NUT), dan telah membantu mengaturkan mogok guru-guru untuk menuntut hak pensen dan lain-lain. Beliau juga berkhidmat sebagai Penyunting The Educator, majalah rasmi NUT.
Fan Yew Teng | |
|---|---|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Menglembu | |
| Dalam jawatan 1974–1978 | |
| Didahului oleh | S.P. Seenivasagam |
| Digantikan oleh | P. Patto |
| Majoriti | 10,784 (PRU-4) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kampar | |
| Dalam jawatan 1969–1974 | |
| Didahului oleh | Toh Theam Hock |
| Digantikan oleh | kawasan dimasukkan ke dalam Parlimen Batu Gajah |
| Majoriti | 8,705 (PRU-3) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 12 Mei 1942 Kampar, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Meninggal dunia | 7 Disember 2010 Bangkok, Thailand |
| Parti politik | (1968-1978) SDP (1978-1998) (1998-2010) |
| Anak | 2 orang |
| Pekerjaan | Ahli politik dan aktivis |
| Bidang pengkhususan | Guru dan Wartawan |
Beliau mempunyai adiknya yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Besi, Fan Seong Than dahulunya DAP. Fan menghabiskan masa persaraannya bersama dengan isterinya Dr. Noeleen Heyzer dand dua anak perempuan kembar mereka di Bangkok. Fan meninggal dunia setelah mengidap penyakit barah selama lebih setahun pada 1.40pm 07 December 2010 di Bumrungrad International Hospital, Bangkok.