P. Patto

P. Patto
Kelahiran
Patto a/l Perumal

(1946-12-19)19 Disember 1946
Meninggal dunia12 Julai 1995(1995-07-12) (umur 48)
Sebab kematianSerangan jantung
PasanganMary Kaur
Anak-anakKasthuriraani Patto

P. Patto (Tamil: பட்டோ பெருமாள், rumi: Paṭṭō perumāḷ;lahir: 10 Disember 1946 - meninggal: 12 Julai 1995) ialah seorang ahli politik veteran Malaysia, pejuang hak asasi manusia, dan individu yang mahir dalam pelbagai bahasa. Sebagai ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dalam tiga penggal yang berasingan. Beliau merupakan seorang pejuang hak-hak masyarakat India di Malaysia, dan dikenali dengan gelaran khas "Patto si Suara Singa" . Beliau juga dikenali sebagai "Harimau Gopeng" (Gopeng Tiger) dan "Harimau Bintang Ipoh" (Ipoh Leopard).

Di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia, P. Patto telah ditahan sebanyak dua kali. Kali pertama ialah pada tahun 1978, di mana beliau dipenjarakan di Kem Kamunting selama 18 bulan.Beliau meninggal dunia pada tahun 1995, tidak lama selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen Bagan. Anak perempuannya, Kasthuriraani Patto, juga seorang ahli politik dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan dari 2013 hingga 2022.