F-14 Tomcat
| F-14 Tomcat | |
|---|---|
|
| |
| Peranan | Pesawat pemintas / pelbagai peranan |
| Pengeluar | Grumman Northrop Grumman |
| Penerbangan sulung | 21 Disember 1970 |
| Mula digunakan | September 1974 |
| Dihentikan | 22 September 2006, Tentera Laut A.S |
| Status | Aktif (Iran) Dibersarakan (Amerika Syarikat) |
| Pengguna utama | Tentera Laut Amerika Syarikat Tentera Udara Republik Islam Iran |
| Jumlah dibina | 712 buah |
| Kos seunit | AS$38 juta pada 1998 |
Grumman F-14 Tomcat adalah merupakan sebuah pesawat dua tempat duduk berkelajuan supersonik, berenjin berkembar serta mempunyai sayap geometri boleh ubah. Peranan utama F-14 adalah sebagai platfom pesawat penguasaan udara maritim, pemintas bagi pertahanan angkatan laut dan pengawasan taktikal bagi Tentera Laut A.S dari tahun 1974 sehingga 2006. Pesawat ini juga melaksanakan misi-misi serangan tepat setelah dilengkapi dengan “Sistem Navigasi dan Sasaran Inframerah Aras Rendah pada Waktu Malam” (‘’Low Altitude Navigation and Targeting Infrared for Night’’ LANTIRN). F-14 Tomcat dibangunkan selepas kegagalan projek F-111B, dan merupakan pesawat pejuang pertama dari siri F-1X Amerika Syarikat yang direka dengan mengabungkan pengalaman dari pertempuran udara semasa Perang Vietnam menentang pesawat MiG.
Pesawat ini memulakan perkhidmatan dengan Tentera Laut A.S pada 1974 bagi mengantikan pesawat F-4 Phantom II. Pesawat ini juga telah dieksport kepada Tentera Udara Imperial Iran pada 1976. Penggunaan F-14 dalam perkhidmatan Tentera Laut A.S telah dihentikan pada 22 September 2006, dan peranannya telah diambil alih oleh pesawat F/A-18E/F Super Hornet. Sehingga tahun 2008, pesawat ini dipercayai masih digunakan oleh Tentera Udara Republik Islam Iran.