F-117 Nighthawk

F-117 Nighthawk
Peranan Pesawat penyerang halimunan
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Lockheed Skunk Works
Lockheed Martin
Penerbangan sulung 18 Jun 1981
Mula digunakan Oktober 1983
Dihentikan 22 April 2008
Status Dibersarakan
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina 64 buah (5 YF-117A, 59 F-117A)
Kos seunit AS$ 42.6 juta (kos terbang)
AS$ 111.2 juta (termasuk kos pembangunan)
Dibangunkan dari Lockheed Have Blue

F-117 Nighthawk adalah sebuah pesawat halimunan serangan darat yang pernah dioperasikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Pesawat yang direka dan dibina oleh firma Lockheed ini telah membuat penerbangan sulung pada 1981, dan mencapai status Keupayaan Operasi Awal pada Oktober 1983. F-117A telah diiktiraf dan didedahkan kepada dunia pada November 1988.

Sebagai produk Skunk Works dan pembangunan berdasarkan prototaip Have Blue, pesawat ini menjadi pesawat operasi pertama yang direkabentuk berdasarkan teknologi halimunan. Pesawat F-117A telah mendapat perhatian yang meluas semasa Perang Teluk pada tahun 1991.

Pihak Tentera Udara A.S telah menghentikan penggunaan pesawat F-117 pada 22 April 2008, disebabkan oleh kemungkinan perolehan dan aturgerak pesawat-pesawat F-22 Raptor dan F-35 Lightning II yang lebih cekap.