Eugenika

Eugenika (dari akar bahasa Yunani εὐγενής eugenes 'berketurunan baik'; daripada εὖ eu, 'baik' dan γένος genos, 'bangsa, keturunan') ialah falsafah sosial yang terdiri daripada suatu kepercayaan memperbaiki mutu genetik populasi umat manusia melalui penyingkiran orang-orang berpenyakit dan cacat serta memperbanyakkan individu sihat fizikal badan.

Pada abad ke-20, banyak negara melakukan pelbagai usaha yang bertujuan mencapai ketulenan genetik ini seperti memaksa pengguguran kandungan, genosida, pengendalian kelahiran, penyelidikan genetik, serta undang-undang yang melarang berkahwin dengan kelompok tertentu.