Ableisme


Ableisme (bahasa Inggeris: ableism terbitan perkataan Inggeris able "berupaya" serapan Perancis turunan Latin habilis "mudah gerak") atau habilisme ialah bentuk diskriminasi dan sangka buruk terhadap atas orang lain upaya (OKU) atau mana-mana individu yang disifatkan sekelainan. Dalam hal ini, individu terkesan menerima atau dinafikan kebolehan, kemahiran atau orientasi perwatakan. Beberapa stereotaip yang ada merujuk kepada OKU secara awam atau dikhususkan terhadap sifat-sifat tertentu, seperti pemahaman bahawa setiap OKU mahu sembuh. Stereotaip sebegini menjadi bahan pewajaran bagi perbuatan-perbuatan penindasan, dan mengukuhkan perilaku menindas warga OKU. Pelabelan memberi kesan kepada OKU apabila ia mengehadkan pilihan atau kebolehan mereka.