Pembaikan politik

Pembaikan politik (political correctness) merujuk kepada penggunaan bahasa, polisi atau langkah yang berniat mengelakkan singgungan atau menidakuntungkan kepada anggota kelompok tertentu dalam sesebuah masyarakat. Istilah ini lebih digunakan sejak lewat tahun 1980-an untuk merujuk kepada pengelakkan penggunaan bahasa atau perilaku yang boleh dianggap menyisihkan, menyusahkan atau menghina kelompok-kelompok yang dianggap didiskriminasikan terutamanya jika mengikut gender atau kaum.