Espresso

Espresso
Secawan espresso dengan lapisan kepala (crema) pada permukaannya.
JenisPanas
Negara asalItali
Diperkenalkan1901
WarnaHitam

Espresso adalah minuman kopi yang berasal dari Itali dihasilkan dengan mengekstrak biji kopi yang sudah dikisar melalui penyemburan air panas di bawah tekanan tinggi menghasilkan cecair yang agak pekat dari seduhan kopi lain yang diketahui. Cara ini lazim diketahui di selatan benua Eropah sebagai asas kepada pelbagai sajian minuman kopi lain termasuk caffè latte, cappuccino, caffè macchiato, caffè mocha, flat white, dan caffè Americano.

Terdapat lebih daripada enam ratus komponen bahan kimia dalam espresso termasuk di antaranya gula, kafein, protein, emulsi daripada minyak kopi, koloid, dan zarah kopi dalam ampaian dengan buih gas halus. Pada setiap espresso terdapat suatu komponen yang disebut crema yang merupakan buih keemasan yang terdiri daripada minyak, protein, gula yang terapung di permukaan.