Kafeina

Kafeina
کافىينا
Nama
Nama IUPAC
1,3,7-trimetil-1H-purina- 2,6(3H,7H)-diona
Nama lain
1,3,7-trimetilksantina, trimetilksantina,
teina, metilteobromina
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.000.329
Nombor RTECS
  • EV6475000
  • C[n]1cnc2N(C)C(=O)N(C)C(=O)c12
Sifat
C8H10N4O2
Jisim molar 194,19 g·mol−1
Rupa bentuk Serbuk putih
Bau Tak berbau
Ketumpatan 1,2 g·cm−3, padat
Takat lebur 227-228 °C (kontang) 234-235 °C (monohidrat)
Takat didih 178 °C (pemejalwapan)
22 mg·mL−1 (25 °C)
180 mg·mL−1 (80 °C)
670 mg·mL−1 (100 °C)
Keasidan (pKa) −0.13 – 1.22
Momen dwikutub 3.64 D (terhitung)
Bahaya
Bahaya-bahaya utama Ketagihan ringan, boleh membawa maut dalam keadaan kronik
NFPA 704 (berlian api)
1
2
Takat kilat N/A
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
LD50 (median dos)
192 mg/kg (tikus, oral)
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
Rujukan kotak info

Kafeina (disebut [ka.féi.na], juga kafein) ialah sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan contohnya biji kopi, teh, biji koko, buah kola (Cola nitida), guarana, dan maté.

Ia terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat, jantung, dan sistem pernafasan; ia juga bersifat diuretik yakni boleh dikumuh melalui air kencing). Ia bertindak sebagai perangsang lemah pada system saraf pusat dengan itu selepas minum secawan kopi atau teh seseorang mungkin berasa lebih segar.

Kafeina dikelaskan sebagai selamat secara am oleh pihak FDA di Amerika. Dos racun ialah 10 gram sehari bagi seorang dewasa, jauh melebihi pengambilan lazim, iaitu kurang 500 mg sehari. Secawan kopi lazimnya mempunyai 80–175 mg, bergantung kepada biji kopi yang digunakan, cara pembakaran dan penyediaan. Meskipun begitu, serbuk kafeina tulen boleh membawa maut dalam jumlah sebesar sudu biasa.