Senarai episod Claymore

Ini merupakan senarai episode dalam siri anime Claymore. Sirinya diarahkan oleh Hiroyuki Tanaka dan dihasilkan oleh Madhouse Studios. Siri ini dicipta berdasarkan siri manga Claymore oleh Norihiro Yagi, dan merupakan adaptasi jilid-jilid pertama hingga ke-11, dimuatkan dalam dua puluh empat buah episod. Dua episod terakhir merupakan plot asal siri anime dan tidak berdasarkan manga karya Yagi. Siri ini disiarkan daripada bulan April 2007 sehingga bulan September 2007 di Jepun menerusi saluran Nippon Television.

Dua buah lagu tema digunakan dalam episod-episod ini: satu tema pembuka dan satu tema penutup. Lagu tema pembukanya ialah "Raison d’être" (レゾンデートル, maksud lliteral; Sebab masih bernyawa) oleh Nightmare. Tema penutupnya merupakan lagu daripada single penyanyi J-pop Riyu Kosaka, iaitu "Danzai no Hana~Guilty Sky" (断罪の花 ~Guilty Sky~, maksud literal; Bunga Tertuduh~Langit Bersalah). Lagu-lagu ini digunakan dalam setiap dua puluh enam episod.

Sehingga bulan Februari 2008, tujuh buah kompilasi DVD, setiap daripadanya mengandungi tiga buah episod, telah dikeluarkan di Jepun oleh Avex Trax, di mana kompilasi terkininya dikeluarkan pada 26 Ogos, 2007. Selain itu, empat buah set edisi terhad telah dikeluarkan. Set edisi terhad yang pertama mengandungi DVD pertama, manakala ketiga-tiga set yang lain setiap satunya mengandungi dua buah DVD. Set edisi terhad terkini dikeluarkan pada 30 Januari, 2008. Dua buah DVD lagi berserta sebuah set edisi terhad dirancang untuk dikeluarkan pada 26 Mac, 2008. DVD pertama Claymore dirancang untuk dikeluarkan di Amerika Utara bermula bulan Ogos, 2008.