Empayar Aztek

Perikatan Tiga Serangkai
Empayar Tenochca
(Empayar Aztek)
Ēxcān Tlahtōlōyān
1428–1521
Glif negara kota pemerintah: Texcoco, Tenochtitlan dan Tlacopan
Keluasan maksimum pada awal abad ke-16
Ibu negaraMexico-Tenochtitlan (de facto)
Bahasa yang umum digunakanBahasa Nahuatl Klasik (lingua franca)
banyak lagi
Agama
Agama Aztek
DemonimAztek, Tenochcan, Culhua-Mexica
KerajaanHegemonik ketenteraan konfederasi negara kota bersekutu
Huehuetlatoani Tenochtitlan 
• 1427–1440
Itzcoatl (Pengasas Perikatan)
• 1520–1521
Cuauhtémoc (terakhir)
Huetlatoani Tetzcoco 
• 1431–1440
Nezahualcoyotl (Pengasas Perikatan)
• 1516–1520
Cacamatzin (terakhir)
Huetlatoani Tlacopan 
• 1400–1430
Totoquihuaztli I (Pengasas Perikatan)
• 1519–1524
Tetlepanquetzaltin (terakhir)
Era SejarahEra Pra-Columbus
Zaman Penjelajahan
• Penubuhan perikatan
1428
13 Ogos, 1521
Keluasan
1520220,000 km2 (85,000 bt2)
Populasi
• Awal abad ke-16
6 juta
Mata wangQuachtli sistem wang komoditi berdasarkan kuantiti kain kapas dan secara tradisinya juga biji koko
Didahului oleh
Diganti oleh
Tenochtitlan
Tlatelolco
Tlacopan
Azcapotzalco
Colhuacan
Tetzcoco
Chalco
Xochimilco
Xoconochco
Coixtlahuaca
Sepanyol Baru
Sekarang sebahagian dariMexico
Senarai penuh pemerintah berhampiran hujung halaman.

Empayar Aztek, juga dikenali sebagai Perikatan Tiga Serangkai (Classical Nahuatl: Ēxcān Tlahtōlōyān, [ˈjéːʃkaːn̥ t͡ɬaʔtoːˈlóːjaːn̥]) atau Empayar Tenochca, merupakan perikatan tiga negara kota Nahua: Mexico-Tenochtitlan, Tetzcoco dan Tlacopan. Ketiga-tiga negara kota ini memerintah kawasan di dalam dan sekitar Lembah Mexico dari tahun 1428 sehingga gabungan tentera conquistadores Sepanyol dan sekutu peribumi mereka yang memerintah di bawah Hernán Cortés mengalahkan mereka pada tahun 1521. Rakyat dan masyarakat sivilnya dirujuk dalam historiografi sebagai Aztek atau Culhua-Mexica.

Perikatan ini dibentuk daripada puak-puak yang menang dalam perang saudara antara kota Azcapotzalco dan wilayah-wilayah taklukannya yang dahulu. Walaupun empayar ini pada asalnya dikonsepsikan sebagai perikatan tiga negara kota yang memerintah sendiri, ibu kota Tenochtitlan menjadi dominan dari segi ketenteraan. Menjelang ketibaan Sepanyol pada tahun 1519, tanah perikatan pada hakikatnya diperintah dari Tenochtitlan, manakala dua sekutu lagi memainkan peranan subsidiari.

Perikatan ini melancarkan perang penaklukan dan berkembang selepas ia dibentuk. Perikatan ini mengawal sebahagian besar tengah Mexico pada kemuncaknya, serta beberapa wilayah yang lebih jauh dalam Mesoamerika, seperti wilayah Xoconochco, sebuah eksklaf Aztek berhampiran sempadan Guatemala kini. Pemerintahan Aztek telah disifatkan oleh sarjana sebagai hegemonik atau pemerintahan tidak langsung. Orang Aztek membiarkan pemerintah kota-kota yang ditakluk kekal berkuasa selagi mereka bersetuju untuk membayar ufti setiap setengah tahun kepada perikatan, serta membekalkan tentera ketika diperlukan untuk usaha-usaha perang Aztek. Sebagai balasan, pihak berkuasa empayar menawarkan perlindungan dan kestabilan politik serta memudahkan rangkaian ekonomi bersepadu dengan tanah dan rakyat yang pelbagai bersama-sama banyak autonomi tempatan.

Agama Aztek merupakan sejenis panteisme monistik. Ini bermaksud mereka menganggap semua yang di dalam alam semesta datang daripada satu kuasa suci, dipanggil teotl. Mereka mentafsirkan ini sebagai dewa tertinggi Ometeotl, tetapi juga dewa-dewa kecil dan kuasa alam. Untuk rakyat biasa, agama ini memfokuskan aspek-aspek mitologi dan politeisme. Agama negara empayar menyokong kedua-dua idea monisme atau satu kuasa yang suci (untuk golongan atasan) dan penyembahan banyak dewa oleh orang keramaian. Empayar Aztek malah dengan rasminya mengiktiraf kultus-kultus yang terbesar, sehingga dewa itu diletakkan di perkarangan kuil besar ibu kota Tenochtitlan. Akan tetapi, agama rasmi empayar ialah dewa pelindung perang bagi orang Mexica, Huītzilōpōchtli. Rakyat dibenarkan untuk mengekalkan dan meneruskan tradisi agama mereka sendiri apabila ditakluk selagi mereka menambahkan dewa empayar Huītzilōpōchtli ke dalam para dewata tempatan mereka.