Edmund Chong Ket Wah

Yang Berhormat Datuk Ir.
Edmund Chong Ket Wah @ Chong Ket Fah
PGDK (Sabah)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Batu Sapi, Sabah
Dalam jawatan
2004 – 9 Okt 2010
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehLinda Tsen Thau Lin
Maklumat peribadi
Lahir9 April 1956
Sandakan, Borneo Utara
Meninggal dunia9 Oktober 2010(2010-10-09) (umur 54)
Kota Kinabalu, Sabah
Parti politikPBSBarisan Nasional
PasanganLinda Tsen Thau Lin
Anak4
PekerjaanAhli Parlimen
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"

Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah @ Chong Ket Fah (Bahasa Cina: 蔣國華pinyin: Jiǎng Guó Huà​) (9 April 1956–9 Oktober 2010) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Bersatu Sabah (PBS), sebuah parti komponen Barisan Nasional. Beliau adalah Ahli Parlimen bagi kawasan Batu Sapi apabila memenanginya dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 tanpa bertanding dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 mengalahkan calon bebas. Beliau juga memegang jawatan ketua bahagian Elopura dan bendahari agung PBS.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal bertauliah dan jurutera perunding. Beliau juga merupakan pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Negeri Sabah. Beliau meninggal dunia pada usia 54 tahun di dalam satu kemalangan jalanraya apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di jalan Sembulan-Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Oktober 2010.