Edison Chen

Edison Chen
Nama Cina (Tradisional)
Nama Cina (Ringkas)
PinyinChén Guānxī (Mandarin)
JyutpingCan4 Gun3hei1 (Kantonis)
YaleChàhn Gunhēi (Kantonis)
Nama lahirChen Hing-wah ()
KeturunanShanghai, China
AsalHong Kong, China
Lahir (1980-10-07) 7 Oktober 1980
Vancouver, British Columbia, kanada
Nama lainEDC
PekerjaanPelakon, pemuzik, penerbit, usahawan, pereka fesyen
Jenis muzikHip hop, Kantopop
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanClot Media Division (2007–2008)
EEG (2000–2005)
Tahun aktif1999–kini
Rakan kongsiShu Pei (2015-kini)
Anak1
Ibu bapaEdward Chen
MempengaruhiSammi Cheng, Leslie Cheung, R. Kelly, Janet Jackson, Jay Z
Laman web rasmiOfficial Website

Edison Chen Koon-hei (lahir 7 Oktober 1980) merupakan pelakon filem, pemuzik, usahawan, dan pereka fesyen Hong Kong-[Kanada]]. Chen juga merupakan pengasas kepada CLOT Inc., dan CEO kepada Clot Media Division Limited.

Chen berbahasa Inggeris, namun berkebolehan bercakap dan menyanyi dalam bahasa Kantonis dan Mandarin serta boleh berbahasa Jepun, yang membolehkan beliau terlibat dalam pelbagai industri hiburan di seluruh dunia. Pada 21 Februari 2008, Chen mengumumkan pengunduran diri dari industri hiburan Hong Kong setelah terlibat dalam skandal foto seks, yang memaparkan pelbagai gambar bogelnya serta beberapa pelakon wanita lain yang tersebar di Internet. Beliau kembali pada tahun 2010 dan muncul dalam filem Golden Chickensss (2014) sebagai cameo. Beliau hanya muncul secara sepenuhnya dalam industri perfileman Hong Kong pada tahun 2016.