Dr. Jart+

Dr. Jart+
Jenis/bentuk sahPerniagaan, gedung dalam talian 
Ditubuhkan2004
PengasasLee Jin-wook
Ibu pejabatSeoul, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
KeluaranPenjagaan kulit
Hasil
  • AS$500 juta (2019)
Syarikat indukHave & Be
Estée Lauder Companies
Tapak webdrjart.com
sunting · sunting di Wikidata

Dr. Jart+ (Hangul: 닥터자르트; dibaca Doktor Jart) ialah jenama penjagaan kulit Korea Selatan. Ia dicipta pada 2004 oleh usahawan Lee Jin-wook, dengan rundingan daripada ahli dermatologi Dr. Jung Sung-jae. Nama mereka adalah singkatan dari "Doctor Joins Art", yang mencerminkan falsafah kedudukan mereka sebagai "gabungan sains dan seni dermatologi". Produk mereka disifatkan menggabungkan rumusan kaya bahan aktif dengan pembungkusan moden.

Produk terlaris Dr. Jart+ termasuk pelembap dari rangkaian Ceramidin dan Cicapair, topeng muka "getah" dan krim BB. Jenama ini dikenali sebagai yang pertama untuk memperkenalkan krim BB kepada pasaran Amerika pada 2011. Syarikat induk Dr. Jart, Have & Be, telah dibeli oleh Estée Lauder pada 2019.